Warna sebenar baju #TheDress adalah...

Ian Johan Ariff
Februari 27, 2015 00:05 MYT
Pemilik baju yang trending di Twitter dengan #TheDress mendedahkan warna sebenar baju itu. Gambar - www.romanoriginals.co.uk.
Teka-teki warna sebenar baju yang trending di Twitter dengan menggunakan #TheDress akhirnya terlerai.
Warna sebenar #TheDress yang trending kerana perdebatannya di media sosial adalah biru dan hitam.
Persoalan itu dijawab oleh ketua pembelian dan reka bentuk butik dalam talian Roman (www.romanoriginals.co.uk), Michele Bastock dalam satu temubual dengan CNN.
Dalam temubual itu lagi, Bastock akan mengeluarkan baju ini dalam warna putih dan emas dalam tempoh enam bulan atas permintaan ramai.
Akibat menjadi viral, trafik ke laman web Roman juga sesak dengan pelawat yang mahu melihat sendiri baju yang trending itu.
Baju ini menjadi medan perbalahan orang ramai termasuk para selebriti seperti Taylor Swift dan Kim Kardashian.
Warga Awani turut berbalah mengenai warna baju itu di bilik berita.
Ada pihak yang dapat melihat warna sebenar baju itu manakala ada yang berkata baju itu berwarna putih dan emas.

Now I know. #TheDress pic.twitter.com/rpmk22D281

— MC (@FapaMarc) February 27, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Undian di laman web Astro Awani turut mendapati majoriti pembaca berpendapat ia berwarna putih dan emas.
Gambar itu dikatakan dimuatnaikkan oleh seorang pengguna Tumblr, Caitlin McNeill, seorang penyanyi berumur 21 tahun, yang keliru dengan warna baju tersebut.
##TheDress #www.romanoriginals.co.uk
;