Video eksperimen 'tampar wanita itu' viral di YouTube

Syafique Shuib
Januari 9, 2015 03:44 MYT
Kanak-kanak lelaki yang ditampilkan dalam video ini enggan menampar seorang kanak-kanak perempuan. -Gambar: YouTube
Satu eksperimen sosial menampilkan empat orang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak wanita trending di YouTube.
Video ‘Slap Her: Children’s Reaction’ (Tampar dia: Reaksi kanak-kanak) menggunakan kanak-kanak untuk mengetengahkan mesej tentang keganasan terhadap wanita.
Video berkenaan menampilkan kanak-kanak lelaki berusia tujuh, lapan, sembilan dan sebelas tahun. Mereka kemudian membawa seorang kanak-kanak perempuan di hadapan mereka.
Mereka ditanya beberapa soalan seperti apa yang cantik tentang knak-kanak berkenaan. Mereka juga disuruh untuk memegang dan membuat muka lucu di hadapan kanak-kanak perempuan itu.
Kemudian kanak-kanak lelaki berkenaan disuruh untuk menampar kanak-kanak perempuan berkenaan.
Mereka hanya tersenyum di hadapan mereka dan menggelengkan kepala. Kesemua mereka tidak mahu untuk menampar kanak-kanak perempuan itu.
“Kerana beliau seorang wanita, saya tidak boleh melakukannya,” kata seorang kanak-kanak lelaki.
Sambung seorang lagi, “Saya tidak mahu menyakitinya."
Saksikan video penuh eksperimen itu:
Video itu dimuat naik pada 4 Januari lalu dan kini telah mendapat lebih daripada 14 juta views.
Apa pendapat anda tentang video berkenaan? Adakah sikap sebegini mencerminkan sikap golongan lelaki dewasa?
#keganasan terhadap wanita #trending #viral #YouTube