UNDIAN #TheDress: Apakah warna baju ini?
T K Letchumy Tamboo
Februari 27, 2015 15:26 MYT
Februari 27, 2015 15:26 MYT
Laman media sosial hari ini kecoh hanya kerana warna sehelai baju. Pengguna media sosial menggunakan hashtag #TheDress bagi mempertahankan pandangan masing-masing.
Ini kerana warna baju itu menjadi medan perbalahan orang ramai termasuk para selebriti.
Ramai yang meneka warna baju itu berwarna biru dan hitam, manakala ada juga yang berkata baju itu berwarna putih dan emas.
Pengguna media sosial dilihat berbahas hangat mengenai warna baju tersebut dan ada juga yang bergaduh mengenai pandangan yang tidak sama.
Gambar itu dikatakan dimuatnaikkan oleh seorang pengguna Tumblr, Caitlin McNeill, seorang penyanyi berumur 21 tahun, yang keliru dengan warna baju tersebut.
Menurut laporan Business Insider, McNeil berkata baju itu telah dipakai oleh kawan ibunya di majlis perkahwinan anaknya.
McNeil dan rakan-rakannya menyedari ada ‘sesuatu’ yang berbeza pada baju itu, ibu kawannya menghantar gambar baju itu kepada anaknya.
“Apabila kawan saya tunjukkan baju itu kepada tunangnya, mereka tidak bersetuju tentang warnanya.
Pengantin wanita itu kemudian memuatnaikkan gambar itu di laman Facebooknya di mana kawan-kawannya berdebat tentang warna baju itu.
McNeil kemudian memuatnaikkan gambar itu di laman Tumblr, di mana gambar itu menjadi viral.
Beberapa artis terkemuka turut berkongsi pandangan mengenai baju di di facebook dan Twitter.