Suarez tidak gigit Demichelis

Ian Johan Ariff
Februari 25, 2015 13:33 MYT
Luis Suarez menjaringkan dua gol menentang Manchester City pada Selasa.
Beberapa media Britian membangkitkan spekulasi bahawa pemain Barcelona, Luis Suarez masih belum pulih sepenuhnya daripada tabiat mengigit pemain lawan.
Terbaru, video dan gambar Suarez dikatakan mengigit tangan pemain Manchester City, Martin Demichelis trending di media sosial.
Namun apa yang cuba dilaporkan ternyata palsu kerana sebuah video Vine menunjukkan Suarez tidak melakukan perkara itu.

"@LBCeleste: Prensa Inglesa especula si Luis Suarez mordió a Demichelis...https://t.co/yWkdKtXwIp"

— Angelo Lopez (@AngeloLopezR) February 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini sebuah video di Youtube dan akhbar Britain Daily Star melaporkan Suarez mengigit tangan Demichelis ketika pemain City itu cuba menghalang pergerakannya.
Namun tiada bukti kukuh atau laporan dibuat mengenai kesalahan yang didakwa dilakukan Suarez setakat ini.
Insiden tersebut dikatakan berlaku semasa pertemuan pertama perebutan ke peringkat suku akhir Liga Juara-juara Eropah antara City dan Barcelona.
Dalam perlawanan itu, Barcelona menewaskan City 2-1 di Stadium Etihad dan kedua-dua gol dijaringkan Suarez.
Suarez memang terkenal dengan kesalahan mengigit pemain lawan.
Semasa beraksi untuk Ajax di Belanda, Suarez mengigit bahu Otman Bakkal pada 2010 dan digantung tujuh perlawanan sebelum berhijrah ke Liverpool dengan bayaran £22 juta pound.
Pemain Uruguay itu kemudian mengigit tangan pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic pada 2013.
Insiden mengigit bahu pemain Itali, Giorgio Chiellini pada Piala Dunia 2014 paling mencuri perhatian dunia.
Namun ia tidak menjejaskan kerjaya bola sepaknya apabila Suarez terus menjadi rebutan kelab Eropah dan berhijrah ke Barcelona dengan bayaran £75 juta pound.
#Liga Juara-Juara Eropah #Luis Suarez #Martin Demichelis