Stesen TV bergelap dilanggar pesawat ringan

Umaira Uyop
Februari 5, 2015 18:00 MYT
Stesen TV KCBD bergelap lebih tiga jam apabila sebuah pesawat ringan melanggar menara kawalan di Avenue A, Lubbock, Texas. - Foto KCBD NewsChannel 11
Stesen televisyen KCBD memuatnaik video liputan awal ketika bekalan tenaga terputus secara tiba-tiba setelah menara kawalannya dilanggar sebuah pesawat ringan.
Dalam video berdurasi 32 saat yang dimuatnaik di laman Facebook KCBD NewsChannel 11, wartawan yang membuat liputan ketika itu masih belum dapat mengenal pasti apakah yang menyebabkan stesen tv mereka bergelap.
Paparan kejadian boleh dilihat di https://www.facebook.com/video.php?v=10152938594117034

Something has apparently crashed into the KCBD tower. Power is out at the station and we're working to assess the... http://t.co/RCQrQIWgeD

— KCBD NewsChannel11 (@KCBD11) February 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Badan Penerbangan Amerika Syarikat (FAA) melaporkan pesawat Piper PA-46 terhempas di sebuah menara televisyen setinggi 248 meter ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Preston Smith dalam penerbangan dari Carlsbad, New Mexico.
Insiden itu mengakibatkan stesen TV KCBD terputus siaran dan ia turut melibatkan kehilangan bekalan elektrik di kawasan sekitar.
Stesen TV itu turut berkongsi gambar di studio ketika kejadian berkenaan.
Tiada pekerja stesen tv itu dilaporkan cedera namun juruterbang pesawat berkenaan yang dikenali sebagai Dr. Kenneth Mike Rice, terbunuh.
#KCBD #pesawat #stesen TV #terhempas
;