'Sneak Peek' filem Cicakman 3

Umaira Uyop
Disember 9, 2014 10:17 MYT
Cicakman 3 dijadual tayangan di pawagam tempatan pada 12 Mac tahun depan
KRU Studios melancarkan 'sneak peek' Cicakman 3 yang buat pertama kalinya menampilkan Zizan sebagai adiwira popular itu.
Zizan menggantikan Saiful Apek yang pernah menerajui dua sekuel sebelum ini.
'Sneak peek' yang didedahkan di laman YouTube rasmi KRU Studios itu menyaksikan Cicakman bersaing dengan seorang adiwira baru yang digelar 'SuperBro' di bandar Metrofulus.
Mendapat maklum balas baik di media sosial, menerusi sedutan ringkas itu juga dapat dilihat filem ini masih mengekalkan unsur komedi.

Sapa tak tgk lagi teaser Cicakman 3 boleh bukak link ni https://t.co/9e4XSuejyc http://t.co/thD5L2Dymf

— Norman Abdul Halim (@NormanKRU) December 9, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#cicakman 3 #kru studios #Zizan Razak