Siling stesen LRT Masjid Jamek runtuh

Ian Johan Ariff
Mac 23, 2015 20:39 MYT
Siling di stesen LRT Masjid Jamek runtuh. Gambar - Twitter.
Pengguna media sosial dikejutkan dengan berita gempar apabila sebahagian bumbung siling stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek dilaporkan runtuh petang tadi.
Selain berkongsi berita dan gambar kejadian itu, ada juga yang mempersoalkan kualiti pembinaan bumbung siling tersebut di media sosial.

RT @nichocheng Part of roof in Masjid Jamek LRT station collapsed. Good photo by @JasonTing21 @bombaJBPM pic.twitter.com/dRrafcZ3Ur

— menanti dunia GST. (@_ZiYuan) March 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ceiling collapse @MyRapidKL Masjid Jamek LRT. Newly renovated as well I think. Lucky no one hurt #shoodywork? pic.twitter.com/fCQrm4ZQqg

— Jason Ting (@JasonTing21) March 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Part of roof in Masjid Jamek LRT station collapsed. Good photo by @JasonTing21 @bombaJBPM pic.twitter.com/H1D8fiz0i3

— Nicholas Cheng (@nichocheng) March 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) turut mengesahkan kejadian yang berlaku sekitar 2.10 petang tadi.
Menurut laporan Bernama, Pengurus Kanan Prasarana (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Azhar Ghazali berkata struktur siling di Platform 1 bagi laluan menghala ke Kelana Jaya, dipercayai runtuh secara tiba-tiba.
Bagaimanapun, katanya operasi perjalanan pengguna LRT kembali pulih seperti biasa selepas itu.
"Tiada penumpang ketika kejadian itu. Punca kejadian masih disiasat," katanya.
Azhar berkata kerja-kerja pembersihan di kawasan runtuhan siling itu selesai kira-kira 4.45 petang tadi.
Twitter Rapid KL turut berkongsi perkembangan terbaru di stesen LRT Masjid Jamek apabila serpihan siling yang runtuh sudah dibersihkan dan stesen beroperasi seperti biasa.

KJ Line Update: Serpihan siling telah dibersihkan. Stesen Masjid Jamek beroperasi seperti biasa. pic.twitter.com/AwGnV9BqDh

— RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) March 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#LRT #runtuh
;