SheTaxis - Aplikasi teksi untuk wanita

Umaira Uyop
September 9, 2014 13:45 MYT
Aplikasi SheTaxis di New York mulai 16 September ini
Negara India sudah pun memulakan perkhidmatan teksi buat wanita, keluarga dan kanak-kanak sejak penghujung tahun lepas.
Kini penduduk bandar New York bakal mengikuti jejak tersebut dengan aplikasi perkhidmatan teksi khusus untuk golongan wanita.
Aplikasi SheTaxis-SheRides yang akan dilancarkan pada 16 September ini bagaimanapun menerima reaksi pelbagai.
Dicetuskan oleh ibu kepada dua anak, Stella Matteo, SheTaxis-SheRides menyediakan pemandu wanita untuk pelanggan wanita.
Perkhidmatan ini bertujuan mengurangkan kebimbangan pelanggan wanita yang mana majoriti pemandu teksi adalah lelaki.
Menariknya, pemandu teksi wanita juga boleh memilih pelanggan mereka sekiranya tidak mahu mengambil pelanggan lelaki.
Meskipun belum dilancarkan, konsep aplikasi ini menerima maklum balas memberangsangkan apatah lagi dengan pertambahan jumlah pemandu teksi wanita.
Namun, ada yang mempunyai pandangan berlainan.
Diharapkan perkhidmatan ini dapat dilakukan di Malaysia seperti mana adanya gerabak khas wanita untuk perkhidmatan komuter dan LRT.
#aplikasi #cab #New York #she rides #she taxis