Serangan di Paris: #JeSuisCharlie trending
Syafique Shuib
Januari 8, 2015 04:45 MYT
Januari 8, 2015 04:45 MYT
SOKONG: Wartawan dari agensi berita Agence France Presse memegang plakad bertulis -Saya Charlie-. -AFP PHOTO/BERTRAND GUAY
#JeSuisCharlie terus trending di Twitter susulan insiden menembak mati 12 orang di pejabat akhbar satirikal Perancis, Charlie Hebdo pada Rabu.
Je Suis Charlie yang bermaksud “Saya Charlie” dalam Bahasa Perancis, menunjukkan sokongan kepada akhbar satirikal berkenaan.
Ia juga menunjukkan sokongan kepada kebebasan media, di mana rakyat Perancis berikrar mereka tidak akan berdiam diri.
Mesej tentang kebebasan media ini turut mendapat perhatian organisasi media antarabangsa, yang turut menyokong kempen #JeSuisCharlie:
Beberapa bintang Hollywood turut bersimpati dengan kejadian itu di Twitter.
Selain mempertahankan kebebasan media dan bersuara:
Dalam insiden Rabu, 12 terbunuh termasuk Ketua Pengarang akhbar Charlie Hebdo selepas sekumpulan lelaki menyerbu pejabat itu dan melepaskan tembakan.
Mereka kemudiannya melarikan diri dan kini sedang diburu pihak berkuasa.
Ia mendapat kecaman keras dari Presiden Perancis, Francois Hollade.
Beliau berkata, “Tiada tindakan kejam akan memadamkan kebebasan media. Kami adalah sebuah negara yang bersatu padu yang akan bertindak balas sebagai satu. "
Perdana Menteri Britain David Cameron turut tweet dan berkata negara itu bersama rakyat Perancis selain akan terus mempertahankan kebebasan bersuara: