Sakho menggerunkan!
Ian Johan Ariff
Januari 21, 2015 20:46 MYT
Januari 21, 2015 20:46 MYT
Pertahanan Liverpool, Mamadou Sakho kembali menemui prestasi terbaiknya dan kembali digeruni pihak lawan.
Itu antara pendapat orang ramai selepas aksi beraninya mematah pelbagai serangan Chelsea dalam pertemuan Piala Liga Inggeris ataupun Capital One Cup pada Selasa.
Ada yang berjenaka Sakho merupakan watak ngeri yang akan digunakan penyerang Chelsea untuk menakutkan anak mereka.
Ada yang berasa Liverpool sepatutnya memenangi perlawanan separuh akhir pertama itu.
Selain itu mereka berasa pasukan itu mampu untuk bersaing tanpa kapten pasukan, Steven Gerrard yang akan berhijrah ke Amerika Syarikat selepas tamat musim ini.
Sementara itu, peminat Chelsea turut berpuas hati dengan keputusan seri kerana mendapat gol di tempat lawan sebelum kedua-dua pasukan bertemu kembali dalam perlawanan timbal balik di Stamford Bridge minggu depan.
Chelsea merupakan pendahulu Liga Perdana Inggeris Barclays (BPL) dengan kelebihan 17 mata berbanding Liverpool yang menduduki tangga kelapan.