Romeo Beckham kini bintang Burberry

Umaira Uyop
November 6, 2014 21:10 MYT
Gambar AFP - Romeo Beckham
Kempen terbaru jenama fesyen terkemuka Burberry mencuri tumpuan dengan meletakkan Romeo Beckham sebagai watak utama.
Pada usia 12 tahun, anak bintang bola sepak David dan ikon fesyen, Victoria Beckham berjaya menjadi wajah eksklusif Burberry.
Kempen iklan filem pendek berjudul 'from London with Love' itu diilhamkan daripada sinema muzikal era 1930-an.
Dalam iklan itu, Romeo turut menunjukkan bakat menari yang diwarisi daripada ibunya.
Istimewanya, iklan ini adalah arahan pertama ketua pegawai eksekutif dan ketua pegawai kreatif Burberry, Christopher Bailey.
Ia mengunakan khidmat koreografer yang juga calon anugerah Tony, Lynne Page.
Romeo bergiat sebagai model jenama Burberry sejak berusia 10 tahun dan semakin bertapak kukuh dalam dunia peragaan.
#Burberry #Romeo Beckham
;