Reaksi media sosial terhadap cadangan hukuman kepada ibu bapa merotan anak

Umaira Uyop
Januari 25, 2015 20:20 MYT
Pengguna media sosial beri maklum balas berkenaan akta baharu yang bakal menghukum ibu bapa yang merotan anak mereka.
CADANGAN untuk menggubal akta baharu yang bakal menghukum ibu bapa atas kesalahan merotan anak mereka menjadi perbualan hangat di internet.
Pelbagai reaksi diberikan di pelbagai platform media sosial.
Daripada pemerhatian, rata-rata pengguna tidak bersetuju dengan cadangan memperkenalkan akta baharu ini.
Bagi mereka, merotan itu perlu untuk mendidik anak-anak, namun tidak sampai ke tahap mendera.

Rotan biasa2 kat tangan,punggung,belakang badan ok la. Rotan kat pipi memang patut kena dakwa

— pareez dah dewasa (@twt_dewasa) January 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

generasi skrg kasar sgt pon memberontak. lembut sgt pon kena pijak pulak. kena betul cara. rotan utk medidik tu perlu.

— Ainnur AJ (@nurain_azman92) January 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tidak kurang pula yang berasakan tindakan itu mengenepikan hak ibu bapa dalam mendidik anak.

Rotan tak rotan tu aku rasa sbb memperjuangkan hak asasi kononnya. Tapi hak parent utk jadikan ank mereka MANUSIA usah dinafikan.

— ammtalib (@anamichi) January 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun tidak semua membantah keputusan itu. Sesetengah pengguna percaya mendidik anak tanpa kekerasan adalah satu pendekatan yang baik.

@nurlailaghanie but i support the effort of criminalising canning. It is for the child welfare. You can still educate w/o the canning

— Lailykins (@lailynatasha) January 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

The "I got whacked as a child, I turned out OK" is not an excuse to justify canning your kids.

— Noel Meldan (@NoelMeldan) January 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mama aku xpayah guna rotan nak ajar anak dia or student dia kat sekolah. Dia guna mata n suara je. Ok je

— Izz Latif (@IzzLatif) January 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#akta #Internet #Kanak-kanak #media sosial #mendidik #pandangan awam #rotan
;