Peminat rasa ditipu penerbit Teen's Choice Award
Ian Johan Ariff
Ogos 12, 2014 15:33 MYT
Ogos 12, 2014 15:33 MYT
Kecoh di media sosial, pemenang anugerah Teen's Choice Award dikatakan sudah mengetahui kemenangan mereka sebelum undian peminat dikira.
Tiada kenyataan rasmi diberikan pihak Fox Television mengenai hal ini namun kenyataan yang dikeluarkan pada penghujung rancangan anugerah itu menjadi bualan hangat.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, pemenang ditentukan menerusi undian yang dibuat pada laman web Teen's Choice Awards.
Namun Teenasaurus Rox Inc. mempunyai hak untuk memilih pemenang daripada empat calon yang mempunyai undian tertinggi bagi setiap kategori.
Ini bermaksud pemenang tidak semestikan menerima undian tertinggi peminat dan ditentukan penerbit rancangan.