Peminat Liverpool semakin kecewa dengan Brendan Rodgers
Ian Johan Ariff
November 9, 2014 16:18 MYT
November 9, 2014 16:18 MYT
Peminat Liverpool kecewa dengan keputusan menukar pemain yang dibuat pengurusnya, Brendan Rodgers dalam babak kedua semasa menentang Chelsea semalam.
Dalam perlawanan itu, Liverpool kalah 2-1 kepada Chelsea di tempat sendiri.
Kekalahan tersebut merupakan yang ketiga berturut-turut dialami Liverpool.
Liverpool juga gagal mencatat sebarang kemenangan selepas lima perlawanan dalam semua kejohanan yang disertai.
Walaupun mendahului awal babak pertama menerusi pemain Turki, Emre Can, Liverpool gagal mempamerkan corak permainan yang mengugat gawang Chelsea.
Penyerang baru, Mario balotelli terus gagal menyerlah walaupun direhatkan pada perlawanan menentang Real Madrid pada Selasa.
Ramai yang berasa Rodgers perlu dipersalahkan dalam hal ini termasuk prestasi hambar Balotelli.
Khir Rahman pula berkongsi, Liverpool perlukan pengurus yang bertaraf dunia, bukan Rodgers untuk maju ke depan.
Liverpool menamatkan musim lalu sebagai naib juara dibawah bimbingan Rodgers.
Namun penghijrahan penjaring terbanyak musim lalu, Luis Suarez ke Barcelona menyebabkan Liverpool bergelut untuk meneruskan rentak musim lalu.