Pelakon watak jahat popular Bollywood meninggal dunia
Umaira Uyop
November 4, 2014 08:05 MYT
November 4, 2014 08:05 MYT
Pelakon yang sinonim dengan watak antagonis dalam filem Bollywood, Sadashiv Amrapurkar menghembuskan nafas terakhir pada usia 64 tahun pada Isnin.
Aktor veteran itu meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Peminat, rakan-rakan seperjuangan termasuk Perdana Menteri India, Narendra Modi menyampaikan takziah menerusi Twitter masing-masing.
Amrapurkar meninggal dunia di hospital Mumbai tempat beliau menerima rawatan.
Beliau paling diingati melalui watak antagonis yang dibawakan seperti dalam filem 'Adha Satya' pada 1984 dan 'Sadak' pada 1991 yang melayakkannya meraih trofi Filmfare Award.
Mendiang akan disemadikan pada Selasa di Ahmednagar.
Penulis, wartawan dan penyampai berita India, Rajdeep Sardesai antara yang terawal mengucapkan takziah.
Ikon Bollywood, Amitabh Bachchan mengimbas kembali kenangan ketika bekerjasama dengan mendiang.
Perdana Menteri India pula mengingati Amrapurkar sebagai pelakon versatil dan terkenal merentas generasi.
(Gambar dari Google)