Pelbagai aplikasi perkongsian foto dicipta untuk menyaingi populariti Instagram.

Terbaru, sebuah aplikasi yang dikenali sebagai Moju dibina khas untuk pengalaman berkongsi foto yang lebih interaktif.

Foto yang dikongsi pada Moju boleh berubah imejnya dengan mengerakkan telefon ke kiri atau kanan.

Syarikat Moju Labs sememangnya mencuri perhatian ramai kerana diketuai oleh bekas ketua saintis PayPal, Mok Oh selain bekas jurutera Google dan Palantir, Justin Legakis.

Antara muka Moju juga mirip Instagram tetapi menawarkan kesan tiga dimensi, stop motion dan timelapse pada foto pengguna.

Setakat ini, Moju hanya boleh digunakan untuk sistem operasi iOS sahaja.