Media sosial kongsi kesedaran pada Penguin Awareness Day
Umaira Uyop
Januari 20, 2015 22:13 MYT
Januari 20, 2015 22:13 MYT
Hari ini didedikasikan khas buat penguin!
Sempena Hari Kesedaran Penguin (#PenguinAwarenessDay) pelbagai perkongsian menarik dapat dilihat di laman sosial dalam usaha menunjukkan kelebihan dan keistimewaan haiwan ini.
Michelle Joy Lopez merasakan penguin sejenis haiwan yang sangat comel.
Tamerin Jardine pula mengingatkan orang ramai tentang kemusnahan habitat penguin akibat ketamakan manusia.
Selain itu beberapa organisasi turut mengambil inisiatif mengadakan projek seperti dokumentari, seminar dan sebagainya dalam meningkatkan pengetahuan tentang spesis ini.
Selain itu, telatah comel haiwan ini juga dikongsi pengguna media sosial.
Hari kesedaran penguin disambut pada 20 Januari setiap tahun.
Malah Muzium Bruce di Greenwich menganjurkan ceramah dan demonstrasi sains tentang salah satu spesis burung itu.