Mat Yo, Johor kalah bermaruah trending di media sosial

Syafique Shuib
November 2, 2014 17:43 MYT
Mat Yo menjadi trending di Twitter susulan kekalahan JDT. -Foto Bernama
Peminat pasukan Johor Darul Takzim (JDT) terus menyuarakan sokongan kepada pasukan itu.
Walaupun tewas di tangan Pahang pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu malam, namun ramai penyokong menganggap ia kekalahan bermaruah.
Pahang menewaskan JDT pada penentuan sepakan penalti yang berkesudahan dengan keputusan 5-3.
Terdahulu, kedua-dua pasukan diheret ke masa tambahan selepas tamat masa penuh perlawanan.
Kedudukan masih buntu tanpa sebarang jaringan pada 30 minit waktu tambahan lantas memaksa perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.

Jgn sedih sebab kalah tapi gembiralah sebab bola sepak negeri Johor meningkat naik. Kekal teguh bersama JOHOR :)

— aimn. (@aimankmsrn) November 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#JDTFinal kalah menang setia bersama Johor pic.twitter.com/M8UxZWVUP2

— Hahahahanis (@noraisyahhanis) November 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

JDT kalah bermaruah. Its okay. Kalah bukan penghalang. Teruskan usaha. We're all here always supporting JDT. Luaskan kuasamu Johor ! #JDT

— boom boong (@hxda_tiraaxz) November 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menang tak megah, kalah bermaruah. Hidup Mati Johor, Setia Bersamamu Johor. http://t.co/mmmZxX8KUE

— R! (@EhhRafilx7) November 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Biar kalah tapi bermaruah. Hidup mati Johor. pic.twitter.com/owZ2eRd2ej

— yin (@__nrschz) November 1, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kegagalan Mat Yo atau Norshahrul Idlan Talaha untuk menjaringkan sepakan penalti membuka ruang buat Pahang muncul juara turut menjadi topik hangat di Twitter:

Mat yo still trending

— (@nazatul_shahyra) November 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Everyone blames Matyo for missing the penalty but no one congrats Pahang's goalkeeper for guessing the right way...

— Nadzrin Iqbal. (@NadzrinIqbal) November 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dah dah la tu salahkan matyo, dah bukan rezeki dia nak score semalam. Tengok guna hati bukan perasaan

— arifazmi (@arepazmy) November 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

tak payah hina matyo sangat lah. engkorang kalau sepak pun tah ke mana. tak gol pun -.-

— syAfiq (@ehsyepek) November 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Janganlah nak bash mat yo smpai mcm tu. Dia pun ada hti jugak.

— SyzwanaSrndi (@Syazwanaaaaaaa) November 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mat Yo mencipta sejarah tersendiri....

— che azam che mat (@azamblues76) November 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
‎Sementara itu, sebuah video yang tersebar semasa kontroversi melibatkan isteri Mat Yo dan seorang pengawal keselamatan pada September tahun lalu kembali dikongsikan di laman media sosial susulan kekalahan JDT.
Kekalahan JDT turut mendapat perhatian penganalisis politik Norizan Sharif. Menerusi akaun Facebook beliau, Norizan berkata tidak adil kekalahan JDT dipikul oleh Mat Yo seorang.
“Amat malang kemenangan pasukan bolasepak itu ditentukan oleh tendangan penalti, sekali gus mengabaikan keseluruhan perjuangan yang berlangsung dalam separuh masa pertama dan kedua.
“Lebih malang, apabila kekalahan itu terpaksa dipikul oleh seorang pemain bernama Mat Yo, lalu melepaskan sepuluh pemain lain daripada bebanan tanggungjawab,” tulis Norizan.
#JDT #Johor Darul Takzim #Piala Malaysia 2014
;