Kombinasi kejuruteraan sosial & anti-virus perlu untuk atasi Zeus
Ian Johan Ariff
Oktober 1, 2014 21:01 MYT
Oktober 1, 2014 21:01 MYT
Malware Zeus yang mencuri data peribadi pada komputer dan peranti mudah alih sudah wujud sejak lima tahun dahulu dan sehingga kini tiada penyelesaian spesifik untuk mengatasinya.
Apa yang penting ialah pengetahuan 'social engineering' atau kejuruteraan sosial mengenai keselamatan dalam penggunaan internet serta perisian anti-virus yang dikemas kini.
Ikuti temubual penasihat sekuriti internet, Nurfitri Ali Saleh dari Ofisgate Sdn Bhd untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai ancaman Zeus ini.