Kempen #HandsOffAlAqsa, desak pencerobohan Masjid Al-Aqsa dihentikan

Umaira Uyop
November 11, 2014 17:42 MYT
Komuniti dunia bersatu menentang provokasi ke atas Masjid Al-Aqsa. - Gambar Fail
Povokasi ke atas Masjid Al-Aqsa juga membentuk satu pergerakan di media sosial menyeru seluruh masyarakat bersatu supaya Israel menghentikan serangan.
Kempen #HandOffAlAqsa dijalankan pada 7 November lepas yang mana mereka mengajak semua pihak membanjiri Twitter mendesak pencerobohan dihentikan.
Pengguna media sosial menyertakan gambar dengan kepsyen #HandsOffAlAqsa, nama serta tempat asal dalam usaha menarik perhatian antarabangsa terhadap agenda politik yang berlaku di sana.

"@FriendsofAlAqsa: Sana from Manchester, UK says #HandsOffAlAqsa pic.twitter.com/O5EVkxlnzL"

— I m #GhulamAzam (@FAHAD_BICS) November 10, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Support for #HandsOffAlAqsa from the US pic.twitter.com/7t1Dthqa3l

— Palestina | RT (@PalestinaRT) November 4, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Salute you, ladies. #HandsOffAlAqsa pic.twitter.com/Q5acVcwocW

— Malek Hussin (@AbdMalekHussin) November 8, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bukan itu saja, kira-kira 200 buah masjid di serata United Kingdom turut meletakkan isu ini sebagai topik utama khutbah Jumaat serta menggambarkan konflik yang berlaku di sana.
Manakala lebih 7,000 lagi menulis tweet dengan kata kunci tersebut secara serentak sebaik kempen bermula pada pukul 9.30 malam.
#HandsOffAlAqsa mencatatkan kata kunci paling trending di Malaysia, ketiga trending di Afrika Selatan, ke-enam di London dan di kedudukan enam belas paling trending di dunia.
Menurut Ketua Pegawai Perhubungan Awam Friends of Al-Aqsa, Shamiul Joarder, "Ini hanya permulaan, kami menjangkakan kempen sehebat ini untuk terus meningkatkan kesedaran dan menarik perhatian masyarakat. Seterusnya kami akan berkempen untuk memberi tekanan politik antarabangsa. Kempen ini menandakan penyatuan dan sokongan ke atas penduduk Palestin dan memberitahu mereka bahawa mereka tidak berseorangan dalam memperjuangkan dan melindungi tempat suci ini."
Penduduk Palestin juga membuat perarakan dari Keizergracht ke Parlimen membawa suara agar serangan ke atas Masjid Al-Aqsa dihentikan segera.
Pengerusi Yayasan Al-Quds, Sheikh Isgaak Taliep turut membacakan memorandum menyelar dasar Apartheid Israel.
Selain itu, Friends of Al-Aqsa melalui laman Youtube rasmi mereka memuatnaik satu video ringkas daripada pengasas Friends of Al-Aqsa, Ismael Patel berjudul 'Do You Know Al-Aqsa' yang memberi penjelasan tentang salah tanggapan sesetengah pihak mengenai Masjid Al-Aqsa selama ini.
#al aqsa #Palestin #pencerobohan #trending
;