Kata kunci 'TGNA' paling 'trending' di Malaysia
Astro Awani
Februari 13, 2015 14:09 MYT
Februari 13, 2015 14:09 MYT
KATA kunci 'TGNA' Twitter paling trending Malaysia.
'TGNA' adalah singkatan nama kepada Tuan Guru Nik Aziz yang sinonim dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi.
Rata-rata, pemergian Nik Aziz begitu dirasai apabila ribuan catatan Twitter direkodkan sejak berita mengenainya dilaporkan oleh media-media tempatan.
Kata kunci 'Tok Guru' & 'TGNA' menjadi topik utama perbincangan di Twitter mahupun, Facebook.
Semua catatan menulis kehebatan legasi 'TGNA' membanjiri susur masa di semua platform media sosial sejak semalam.
Tidak kira kaum dan agama, orang ramai kagum dengan perjuangan yang dibawakan Nik Aziz.
Berdasarkan web syarikat penyelidikan sosial dan analisis yang juga rakan kongsi Twitter, Topsy, sebanyak 64,685 Tweets untuk kata kunci 'TGNA' dalam masa kurang dari 24 jam di Twitter. Kata kunci 'TGNA' tertinggi dengan lebih 5,000 Tweets di laman sosial Twitter pada setiap jam.
KATA kunci 'TGNA' hari ini di media sosal Twitter menjadi paling trending di Malaysia.
Bagi kata kunci 'Nik Aziz' pula mendapat sebanyak 239,766 Twitter dalam kurang satu hari sejak Allahyarham meninggal dunia.
Kata kunci 'Tok Guru' turut trending dengan mencatatkan sejumlah 103,173 dalam masa kurang 24 jam.
Manakala, mengikut TrendieWW-Trends, kata kunci 'TGNA' berkedudukan dalam posisi ke-enam .
Berikut merupakan antara tweet yang dapat dilihat di laman web media sosial, Twitter.
Ada juga yang tweet memberitahu betapa hebatnya melihat perpaduan dalam kalangan rakyat dalam mengucapkan takziah sempena pemergian seorang tokoh berwibawa, Nik Aziz.
Sikap Tok Guru serta ilmu dan jihadnya dalam Islam yang juga disegani ramai.
Antara yang trending termasuk 'Kelantan'.
Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat disemadikan pada jam 11 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan, hari ini.
Jenazah Nik Aziz diiringi oleh lebih 30,000 orang termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin tertinggi parti politik.