Jersi baharu pasukan bola sepak Thailand raih pujian
Umaira Uyop
Oktober 31, 2014 20:54 MYT
Oktober 31, 2014 20:54 MYT
Bukan jersi baharu Harimau Malaya sahaja yang dapat perhatian di media sosial malah jersi baharu pasukan bola sepak kebangsaan Thailand untuk Piala AFF Suzuki 2014 turut mencuri tumpuan.
Dikeluarkan oleh pengedar barangan sukan Thailand, Grand Sport, rata-rata memuji rekaannya yang unik dan moden terutama grafik bendera negara itu di bahagian depan jersi.
Jersi pertama 'home kit' Thailand direka berwarna merah dengan kolar putih manakala bahagian dalam kolar dicop dengan simbol 'great crown of victory'.
'Away kit' ataupun jersi kedua pula berwarna biru dengan rekaan sama seperti jersi pertama.
Logo Grand Sport dan lambang bola sepak kebangsaan Thailand dicop pada bahagian depan.
Daripada pemerhatian di laman Twitter, ramai yang memuji rekaan baharu jersi berkenaan.