TOP Gear menjadi salah satu topik yang trending di seluruh dunia selepas British Broadcasting Corporation (BBC) mengumumkan Jeremy Clarkson tidak akan menjadi hos untuk rancangan automotif itu.
Clarkson digugurkan selepas didakwa menyerang dan mencederakan penerbit rancangan itu, Oisin Tymon.
Walaupun apa keputusan atau tuduhan yang dibuat BBC terhadap Clarkson, orang ramai tetap menunjukkan sokongan terhadap hos itu yang sememangnya sinonim dengan rancangan automotif itu.
Orang ramai menganggap pemecatan Clarkson sebagai satu tindakan yang tidak tepat.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan BBC, kontrak Clarkson tidak akan disambung selepas beliau didapati menyerang Tymon secara fizikal, walaupun tiada sebarang provokasi dicetuskan terhadapnya.
Ketua Pengarah BBC, Tony Hall menyifatkan tindakan Clarkson tersebut melampaui batas dan tidak boleh membiarkan perkara seperti itu berlaku.
Hall turut mengakui meminati rancangan Top Gear dan kesal ia terpaksa berakhir dengan pemecatan seorang hos yang dianggap unik dan berbakat.
Tymon mengalami kecederaan pada bibir dan bengkak selepas mendakwa diserang Clarkson walaupun tidak mencetus sebarang provokasi fizikal mahupun secara lisan terhadap Clarkson.
Malah selepas serangan itu, Tymon bimbang beliau akan dipecat.
Menurut laporan BBC, walaupun Tymon tidak melaporkan kejadian itu kepada majikannya, Clarkson sendiri yang melaporkan insiden itu sebelum digantung pada 10 Mac sementara siasatan dijalankan.
Pengumuman BBC menyebabkan sebuah pungutan suara dalam talian diadakan dengan sejuta orang meminta Clarkson diambil semula sebagai hos Top Gear.
Top Gear mula bersiaran pada 1977 sebagai sebuah rancangan tempatan terbitan BBC.
Sebelum Clarkson menjadi hos pada 27 Oktober 1988, Top Gear merupakan sebuah rancangan yang membosankan. Kehadiran Clarkson berjaya melonjak reputasi rancangan itu sehingga ia menjadi sebuah rancangan TV berdasarkan fakta yang paling popular di dunia.
BBC akan meneruskan penerbitan Top Gear yang mempunyai 350 juta penonton di seluruh dunia tanpa Clarkson. Saluran YouTube Top Gear juga mempunyai 4.3 juta pengikut.
Sehingga kini belum ada pengumuman rasmi mengenai nasib James May dan Richard Hammond, sama ada akan terus menjadi hos dalam rancangan itu ataupun tidak.
Hammond hanya meluahkan rasa kecewanya di Twitter sementara May mengemas kini profil akaun Twitter sebagai seorang bekas penyampai televisyen.
Ian Johan Ariff
Thu Mar 26 2015
![Jeremy Clarkson dipecat, peminat Top Gear zahir bantahan di Twitter Jeremy Clarkson dipecat, peminat Top Gear zahir bantahan di Twitter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/81426058754_295x200.jpg)
BBC umum Jeremy Clarkson digugurkan dari Top Gear.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![COVID-19: Misteri penularan dan kematian virus korona rendah di India COVID-19: Misteri penularan dan kematian virus korona rendah di India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41588077239_covidindia.jpg)
COVID-19: Misteri penularan dan kematian virus korona rendah di India
Akhbar Financial Times pula membuat andaian, berdasarkan kajian di 14 negara, kadar kematian COVID-19 mungkin 60 peratus lebih tinggi.
![Tindas warga Islam Xinjiang: 'Panorama' dedah bukti, China tegas nafi Tindas warga Islam Xinjiang: 'Panorama' dedah bukti, China tegas nafi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81574695470_XinjiangUighur.jpg)
Tindas warga Islam Xinjiang: 'Panorama' dedah bukti, China tegas nafi
Rancangan televisyen BBC siar dokumen rahsia dedah cara rakyat Islam Xinjiang dalam tahanan dipaksa jalani proses indoktrinasi.
![Menang pilihan raya UK, Najib ucap tahniah kepada Cameron Menang pilihan raya UK, Najib ucap tahniah kepada Cameron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/51431098190_295x200.jpg)
Menang pilihan raya UK, Najib ucap tahniah kepada Cameron
Najib berkata Malaysia juga menaruh harapan untuk menjalin hubungan dan kerjasama yang lebih mendalam dengan UK.