Jana Tamimi, wartawan cilik Palestin

Umaira Uyop
November 28, 2014 21:05 MYT
Jana Tamimi melaporkan penindasan Israel ke atas Palestin dengan menggunakan telefon pintar - Sumber gambar Reuters
Telefon pintar jadi satu aset yang amat berharga buat Jana Tamimi.
Kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun itu bertindak sebagai wartawan cilik, menggunakan peranti mudah alih tersebut untuk melaporkan tentang sikap prejudis tentera Israel.
Gadis cilik berbangsa Palestin ini menetap di Nabi Saleh, Tebing Barat, kawasan yang diduduki Israel.
Dia menyaksikan protes ke atas pendudukan haram rejim zionis itu sejak kecil.
Sering melihat tentera Israel menggunakan kekerasan terhadap penduduk Palestin, ia mencetuskan ilham buat Jana untuk merakam video dan gambar sewaktu proses menggunakan telefon pintar miliknya.
Rakaman seterusnya dimuatnaik secara online sebagai laporan berita.
Bagi Jana, pendekatan ini antara inisiatif memaparkan situasi sebenar kehidupan rakyat Palestin di bawah pendudukan Israel dan membuka mata dunia agar hak rakyat Palestin dikembalikan.
#berita #jana tamimi #Palestin #wartawan cilik
;