#iPadAir2 kali ini 18% lebih nipis berbanding iPad generasi sebelumnya.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc, Tim Cook, sehingga hari ini, sebanyak 225 juta iPad telah terjual sejak ia diperkenalkan pada tahun 2010 dan lebih kurang 675,000 aplikasi telah dibangunkan khusus untuk tablet itu di AppStore.



iPad Air 2 hadir dengan tiga pilihan warna; putih, hitam & emas!



Skrinnya kini turut diliputi dengan sokongan anti-reflective, mengurangkan 56% pantulan.

Dari segi pemprosesan, iPad Air 2 menggunakan cip A8X, yang merupakan cip generasi terbaharu dan merupakan versi yang sedikit dikemaskini berbanding yang terdapat pada iPhone 6.

iPad Air 2 dibangunkan dengan masa ketahanan bateri sehingga 10 jam, di samping turut dilengkapi dengan cip M8.

Buat masa ini, tempahan awal bagi tablet ini masih belum dibuka dan peminat dilihat masih tertanya-tanya bilakah tarikh pengumuman untuk pra-tempahan akan diumumkan.


Dalam masa sama hari ini, di samping iPad Air 2, Apple Inc turut melancarkan iPad mini 3 bagi mempelbagaikan pilihan tablet untuk pembeli.