'Ill be back', Schwarzenegger kembali dalam Terminator Genisys
Umaira Uyop
Disember 6, 2014 10:13 MYT
Disember 6, 2014 10:13 MYT
"I’ll be back."
Arnold Schwarzenegger mengotakan kata-katanya apabila kembali beraksi dalam francais terbaharu filem "Terminator."
Kembali ke latar belakang tahun 1984, Terminator Genisys menyaksikan Sarah Connor, watak yang kini dipegang oleh Emilia Clarke dibesarkan oleh Terminator.
Masih membawa misi menyelamatkan bumi dari ancaman Cyborg dari masa depan, babak-babak francais baru ini mengimbas nostalgia kita kepada dua filem pertama namun diolah dalam cara berbeza.
Selain Schwarzenegger yang kembali sebagai Terminator, salah satu yang menarik tentang francais terbaru ini ialah wajah pelakonnya yang seakan sama seperti pelakon asal.
Trailer penuh filem itu mengumpul lebih 2.5 juta tontonan dalam tempoh sehari dilancarkan dan semakin meningkat.
Diarahkan Alan Taylor, Terminator Genisys yang turut dibintangi oleh Jason Clarke (John Connor) dan Jai Courtney (Kyle Reese) ini dijadual tayangan di seluruh dunia pada Julai tahun depan.
Tidak dilupakan, Lee Byung-Hun yang memburu Sarah Connor melalui peranannya sebagai T-1000.