Iklan Hari Raya 2014, yang mana menjadi pilihan?
Syafique Shuib
Julai 26, 2014 10:40 MYT
Julai 26, 2014 10:40 MYT
Sambutan perayaan Aidilfitri pastinya tidak lengkap sekiranya tidak menonton iklan-iklan Hari Raya di kaca televisyen ataupun kini, menerusi YouTube di peranti mudah alih anda.
Dengan pelbagai tema dan jalan cerita, syarikat-syarikat tempatan menampilkan iklan-iklan yang begitu menarik. Ada yang lucu, ada yang menyayat hati dan ada juga mempunyai mesej yang penting ingin disampaikan.
Bulan Syawal, bulan seribu kemaafan. Kosong Kosong menjadi tema bagi Astro untuk tahun ini. Iklan Astro menampilkan Zizan Razak dan Lisa Surihani yang berkongsi kisah Kosong Kosong masing-masing.
Kosong Kosong: Zizan Razak (Astro)
Kisah Kosong Kosong Zizan Razak bertajuk ‘Jiranku, Musuhku’ tentang hubungan pahit manis antara keluarga dan jiran-jiran mereka.
Kosong Kosong Lisa Surihani (Astro)
Kosong Kosong Lisa Surihani pula bertemakan ‘Hari Raya, Hari Bermakna’. Setelah beraya di luar negara dan pada tahun berikutnya adalah raya terakhir bersama bapa tercinta, pelakon berkenaan menyedari kepentingan keampunan dan menghargai setiap saat dengan orang-orang yang paling penting dalam kehidupannya.
Ke Pangkuan Bonda (Petronas)
Petronas memang terkenal dengan iklan Hari Raya yang tentu sekali memberi kesan yang mendalam kepada penonton. Tahun ini, jenama gergasi itu mempertaruhkan iklan yang bertajuk "Ke Pangkuan Bonda”.
Iklan selama tiga minit itu mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan bernama Ani yang tinggal di kampung, serta perjalanan keluarganya ketika persiapan dan sambutan Hari Raya.
Penonton juga dibawa mengimbau suasana sambutan Hari Raya sewaktu kanak-kanak dan gelagat masing-masing ketika rumah dipenuhi ahli keluarga dan saudara-mara.
Tanpa sebarang dialog atau jalan cerita seperti iklan-iklanya sebelum ini, adakah iklan ini dekat di hati anda?
Adik (Telekom Malaysia)
Iklan Telekom Malaysia bertajuk “Adik”. Ia mengisarkan seorang kanak-kanak yang lasak dan gemar menerokai aktiviti kehidupan di kampung.
Adik adalah seorang yang berimiginasi tinggi selalu dan menguji kesabaran ayah dan ibunya.
Kelucuan Adik pastinya mencuit hati penonton.
Nissan 2014
Iklan Nissan mengisarkan seorang atuk yang memandu isterinya menaiki kereta Nissan Sunny berwarna biru.
Beliau dicari oleh ahli keluarganya, terutama sekali cucunya yang dipanggil Man (ya, yang juga memandu kereta Nissan).
Pada mulanya Man seperti tidak suka untuk pulang ke kampung dan lebih gemar bermain handphone, namun semuanya berubah di akhir iklan ini:
Sentiasa Bersamamu (Tenaga Nasional / TNB)
Iklan Tenaga Nasional (TNB) tidak kurang hebatnya. Ia menampilkan barisan tenaga kerja TNB yang harus bekerja pada Hari Raya sambil menyanyi lagu Raya dengan lirik yang telah diubahsuai.
‘Kerja tetap kerja. Raya tetap raya.’ Itulah mesej diakhir iklan itu... dan pastinya semua tidak mahu gangguan elektrik pada Hari Raya kan?
Iklan TNB mempunyai tiga versi: Ori, Joget dan Pop. Berikut adalah versi Joget:
Proton Sepanjang Raya (Proton)
Ramai yang pulang ke kampung pastinya menaiki Proton dan selama 30 tahun, jenama kereta ini pastinya dekat di hati rakyat Malaysia.
Iklan Proton tahun ini menampilkan beberapa model Proton seperti Saga (1985), Satria GTi (1997) dan Suprima S (2013) untuk mengimbau masa lalu.
Proton turut menampilkan penyanyi asal lagu iklan ini iaitu Jamal Abdillah, Raja Ema dan Yusry.
Dua Lebih Baik (Universiti Sains Islam Malaysia)
Raya pastinya tidak lengkap tanpa Baju Melayu. Iklan Hari Raya Universiti Sains Islam Malaysia menampilkan seorang pemuda yang melakukan pelbagai pekerjaan untuk mendapatkan Baju Melayu idamannya.
Anugerah (Radio Televisyen Malaysia)
Iklan dari Radio Televisyen Malaysia mengisarkan Ahmad yang mempunyai Abang yang OKU. Kerana kemiskinan, ibunya harus mengajar mengaji untuk mendapat duit yang lebih. Ahmad juga tidak dapat sambung belajar kerana kemiskinan hidup. Beliau juga harus bekerja keras dan anggap sebagai tidak adil untuk menjaga Din.
Namun pada Hari Raya, Din mempunyai satu anugerah istimewa untuk Ahmad.
Cuba Sampai Dapat (Felda Global Ventures)
Felda Global Ventures mempertaruhkan iklan yang bertajuk "Cuba Sampai Dapat”. Ia mengisarkan seorang pelajar bernama Osman yang harus berhadapan dengan pelbagai dugaan untuk pulang ke kampung.
Namun beliau teringat dengan pesan ibunya yang tidak mahu beliau untuk berputus asa.
Berjayakah Osman untuk pulang ke kampung?
Hari Raya TVC (AEON Retail Malaysia)
Aeon Retail Malaysia menerbitkan iklan Hari Raya pertama mereka.
Jalan ceritanya mudah iaitu tentang persiapan Hari Raya dan juga kemeriahan berhari raya bersama ahli keluarga yang lain.
Anda sudah menonton kesemua iklan Hari Raya di atas? Iklan yang mana menjadi kegemaran anda? Kongsi undian anda di sini: