Google Doodle & pengguna Twitter sambut Pesta Halloween
Adli Effendy
Oktober 31, 2014 20:12 MYT
Oktober 31, 2014 20:12 MYT
Google hari ini menyediakan 6 set doodle istimewa bersempena pesta Halloween. Kali ini, karikatur dengan konsep seram tetapi comel digabungkan bagi menarik minat pengguna untuk mengetahui apa sebenarnya cerita disebalik malam Halloween.
Menurut rujukan laman web Wikipedia.org, Halloween atau turut dikenali sebagai ‘All Saints Eve’ adalah acara tahunan yang disambut oleh beberapa Negara di dunia pada setiap 31 Oktober.
Laman web Independent pula berkongsi fakta, pada masa kini, pesta ini menjadi lebih komersial apabila pelbagai produk Halloween dijual secara meluas termasuk kostum dan topeng. Tidak kurang juga produk seperti gula-gula dan manisan yang dijadikan pemberian kepada kanak-kanak comel yang berkunjung ke rumah bersama kostum Halloween mereka.
Jualan tahunan produk itu turut melonjak kepada £330 juta, iaitu peningkatan dari £12 juta pound pada 2001.
Jadi tidak hairanlah jika Google mengambil kesempatan ini menghasilkan 6 tarikan doodle istimewa & kreatif bagi menarik pengguna internet untuk menggunakan portal carian mereka.