Gaun pengantin, gaya rambut Solange Knowles dapat pujian
Umaira Uyop
November 18, 2014 14:59 MYT
November 18, 2014 14:59 MYT
Gambar dan video sewaktu majlis resepsi perkahwinan Solange Knowles dan suaminya, Alan Ferguson antara perkongsian hangat di laman Twitter pada masa ini.
Penyanyi berusia 28 tahun itu berkahwin dengan Ferguson, 51 tahun, seorang pengarah video Ahad lepas, di New Orleans.
Seperti mana kakaknya Beyonce, Solange juga memiliki pengaruh kuat dalam fesyen.
Tidak hairanlah jika perkahwinan dan gaun pengantinnya menjadi sebutan kerana rekaannya yang unik dan lain daripada yang lain.
Foto Instagram Beyonce
Pada majlis perkahwinannya, Solange menggayakan gaun pengantin warna gading rekaan Stephane Rolland.
Selain media, rata-rata peminat memuji busananya yang ringkas, menawan dan tidak konvensional.
Malah tatarias rambut ala sarang tebuan juga mencuri perhatian peminat yang menyifatkan ia menyerlahkan diri Solange yang sebenar.