Foto Hishammuddin tolong pelancong bergambar jadi 'viral'

Astro Awani
Februari 23, 2015 21:24 MYT
Hishammuddin dalam imej ini sedang bergambar di hadapan Angkor Watt di Kemboja. - Sumber Foto Facebook Hishammuddin Hussein
Foto Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menolong sepasang pelancong Jerman untuk mengambil gambar jadi viral di media sosial.
Hishammuddin kini dalam rangka lawatan kerja ke Kemboja sempat meluangkan masa untuk melawat kompleks kuil terkemuka, Angkor Watt.
Tindakan spontan beliau itu dirakam kamera lain, mungkin salah seorang pegawainya dan kemudian ia dimuat naik ke media sosial termasuk di Twitter dan Facebook.
Foto itu mendapat reaksi positif daripada pengguna media sosial yang memuji sikap merendah diri Menteri itu.
Hishammuddin dalam Facebooknya turut merasa kagum bila berpeluang untuk melihat sendiri monumen antara yang disenaraikan sebagai antara tujuh keajaiban dunia di sana.
Hishammuddin hari ini turut menandatangani jalinan kerjasama antara Mindef Malaysia dengan Kementerian Pertahanan Kemboja.
#Facebook #Hishammuddin Hussein #kementerian pertahanan kemboja #Twitter
;