Filem 'Exodus Gods and Kings' diharamkan di Mesir, Maghribi

Astro Awani
Disember 27, 2014 22:49 MYT
Walaupun pihak berkuasa pawagam Maghribi memberi lampu hijau untuk penayangan filem tersebut di negara itu, kerajaan membuat keputusan untuk mengharamkannya sehari sebelum pembukaan. - Foto AP/20th Century Fox, Kerry
Filem ‘Exodus Gods and Kings’ dilaporkan diharamkan tayangannya di Mesir dan Maghribi selepas badan penapisan Mesir mengharamkan penayangan filem itu kerana mengandungi fakta sejarah yang menyimpang.
'Exodus Gods and Kings' lakonan Christian Bale kononnya menceritakan kisah hidup Nabi Musa.
Antara kandungan yang dipertikaikan dalam filem itu adalah bangsa Yahudi yang membina piramid dan Lautan Merah terbelah dua akibat gempa bumi.
Walaupun pihak berkuasa pawagam Maghribi memberi lampu hijau untuk penayangan filem tersebut di negara itu, kerajaan membuat keputusan untuk mengharamkannya sehari sebelum pembukaan.
'Exodus Gods and Kings' arahan Ridley Scott menelan belanja AS$140 juta turut diharamkan di Malaysia.
#140 juta dolar Amerika #Exodus Gods and Kings #Lautan Merah #MaghribiYahudi #Mesir #Nabi Isa #piramid #Ridley Scott
;