Ferrari tidak lagi tawarkan sistem navigasi GPS dalam kenderaan

Amanz
Jun 17, 2024 04:30 MYT
Ferrari tidak lagi menawarkan sistem GPS terbina pada sistem infohibur kenderaan mereka. -Amanz
SISTEM navigasi GPS mula digunakan dalam kenderaan sejak 1990 dengan Mazda Eunos Cosmo ialah yang pertama dilengkapi sistem ini.
Kini penggunaan aplikasi GPS sangat meluas dan digunakan untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dalam perjalanan ke destinasi.
Kepada mereka yang ingin membeli kereta Ferrari, syarikat dari Itali tidak lagi menawarkan sistem GPS terbina pada sistem infohibur kenderaan mereka.
Ferrari
Menurut laporan Motor1, keputusan diambil kerana Ferrari menyedari aplikasi GPS pada telefon adalah lebih baik berbanding sistem GPS yang ditawarkan dalam kenderaan.
Majoriti pemilik lebih gemar menggunakan aplikasi GPS pada telefon berbanding sistem terbina. Malahan aplikasi telefon pintar lebih kerap dikemas kini berbanding GPS dalam kenderaan.
Dengan Ferrari sudah memulakan langkah, mungkin ia akan menjadi ikutan pengeluar lain.
Kami mengakui lebih gemar menggunakan Waze pada telefon pintar berbanding sistem GPS dalam kenderaan kerana ia lebih pantas, tepat dan memberikan maklumat yang lebih tepat. -Amanz
#Ferrari #sistem navigasi #GPS #elak kesesakan jalan raya