Empat individu anarkis dianggap cuba mencari perhatian

Adli Effendy
Februari 16, 2015 21:18 MYT
Empat individu anarkis berkenaan dilihat turut memegang potret seorang wanita yang menyerupai pelakon, Nora Danish.
Muat naik video ugutan ke atas Mahkamah Negara di akaun YouTube 'Isis Malaysia 69' hari ini telah mengundang pelbagai reaksi oleh pengguna media sosial.
Empat individu anarkis mengugut untuk mengadakan bantahan dengan menyerang mahkamah seluruh Malaysia menggunakan mercun pada hari Rabu ini, jam 11.30 malam sebagai tanda protes.
Mereka bertindak demikian kerana mendakwa tidak lagi mempercayai sistem demokrasi negara.

Amaran untuk meletupkan Mahkamah Malaysia: http://t.co/c7ywBRVjhs— Aku Diraf (@AkuDiraf) February 16, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Warga media sosial walaubagaimanapun tidak menganggap video itu sebagai satu ancaman serius. Malah ada yang menanggap empat individu tersebut hanya cuba mencari perhatian.

Amboi, kemain lagi siap nak letup2kan Mahkamah bagai ni? Kalau berani sangat tunjuk la muka tu

— Amirul (@Aseghaff_) February 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ha.Ha.Ha...nk letupkan mahkamah m'sia guna botol kicap bubuh minyak tanah?ingatkan nk guna C4.sudah la.jgn main wayang lg. #rakyatbukanbodoh

— KHAIRUL ANUAR NASIR (@khairulmdnasir) February 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rase nak gelak tengok video ala2 ISIS Malaysia ugut nak letupkan mahkamah tu. Bukan apa, sebab dia pegang gambar Nora Danish smbil ugut. /p>— (@SNSyamimiMS) February 16, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada rakaman sepanjang satu minit dua saat itu, empat individu anarkis berkenaan dilihat turut memegang potret seorang wanita yang menyerupai pelakon, Nora Danish.
Susulan itu, pelakon berkenaan telah membuat laporan polis dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

Video Ugut Serang Mahkamah: Nora Danish Lapor Polis @Nor4Danish #mstaronline http://t.co/e5HAy8xTmipic.twitter.com/T40vmvZQJg

— mStar Online (@mstaronline) February 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam reaksinya berkata polis akan menyiasat kumpulan yang terlibat dengan video itu.
Menurut beliau, sesiapa yang cuba menggugat keamanan dan ketenteraman akan menerima padahnya.
Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
#isis malaysia69 #Khalid Abu Bakar #Nora Danish #polis #Twitter #YouTube
;