Contengan anak jadi karya seni

Umaira Uyop
September 10, 2014 19:12 MYT
Ruth Oosterman menghasilkan lukisan indah daripada hasil contengan anak perempuannya, Eve, yang berusia 2 tahun.
Kertas contengan anak jadi satu hasil seni yang menakjubkan.
Seorang pelukis wanita dari Kanada, Ruth Oosterman menggunakan kreativitinya menghasilkan lukisan indah daripada contengan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Eve.
Eve menconteng di atas kertas putih menggunakan ‘watercolor’ warna hitam.
Ibunya berbual dengannya untuk mendapatkan idea di sebalik kombinasi setiap garis yang diconteng Eve.
Kemudian ibunya menambah warna-warna lain dan menjadikan setiap contengan satu lukisan yang kreatif tetapi masih mengekalkan karya asal anaknya.
Oosterman merakamkan keseluruhan proses itu menggunakan teknik 'time-lapse' atau selang waktu dan memuat naik ke dalam blognya, The Mischievous Mommy.
Setiap lukisan mempunyai tajuknya sendiri seperti The Lady and The Fox, A Bookwork’s Dream, The Elephant King dan The Red Boat.
Oosterman menyifatkan aktiviti ini bukan sahaja membenarkan anaknya berimaginasi dan bereksperimentasi, malah mereka dapat meluangkan masa kualiti bersama.
Beberapa sentuhan ibu dan anak itu sudah pun dijual di laman www.etsy.com selain Oosterman turut merancang untuk berkongsi karya-karya mereka dalam satu pameran suatu masa nanti.
*Semua foto daripada www.etsy.com
#Doodle #lukisan #ruth oosterman
;