Argentina kalah 0-1 kepada Jerman, Khairy jadi bahan 'troll' di Twitter
Adli Effendy
Julai 14, 2014 18:59 MYT
Julai 14, 2014 18:59 MYT
Trending di Twitter hari ini apabila pengguna platform media sosial itu menjadikan Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai ‘bahan belasahan’ selepas kekalahan Argentina kepada Jerman (0-1) awal pagi tadi.
Khairy yang sebelum ini mengakui menyokong pasukan Argentina bersikap ‘sporting’ dengan berkongsi 'retweet' fotonya yang disunting seolah-olah menangis oleh seorang pengguna Twitter.
Foto itu yang dimuat naik sejak 5:49 pagi tadi telah mengumpul hampir 4,800 ‘retweets’ dan mengumpul 1,290 ‘favourites’.
Khairy menjadi bahan usikan oleh pengikutnya apabila beliau sebelum itu dengan yakin meramalkan Argentina akan menjuarai Piala Dunia edisi kali ini.
Selain ‘dibahan’ oleh pengguna twitter, Khairy turut ‘dibelasah’ oleh ‘bos’nya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik selepas perlawanan tamat.
Najib dan Khairy adalah diantara 25,000 peminat bola sepak yang berkumpul di Dataran Merdeka pagi tadi bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2014 bersama-sama orang ramai yang memeriahkan program Fiesta Samba Brazil anjuran Kementerian Belia & Sukan (KBS).