Apa yang anda perlu tahu mengenai gajet terbaru Apple

Kohilah Sekaran
September 10, 2015 09:36 MYT
Berikut adalah perkara-perkara yang anda perlu tahu mengenai gadget terbaru Apple Inc.
Kepada semua peminat Apple, hari yang dinanti-nantikan sudah tiba!
Apple pada Khamis memperkenalkan gajet terbaru mereka, iPad Pro dan iPhone 6S dalam satu sidang rasmi di Auditorium Bill Graham Civic di San Francisco pada pagi 9 September 2015.
Berikut perkara-perkara yang anda perlu tahu mengenai gajet terbaru Apple itu:
GALERI FOTO: Apple kekal sebagai pencetus trend dengan pelancaran produk terbaharu
iPad Pro
1. iPad Pro muncul dengan saiz skrin berukuran 12.9 inci, paparan retina beresolusi 2732 x 2048 piksel yang akan memudahkan pengguna menonton video ataupun bermain permainan video.
2. Menurut Apple, iPad Pro merupakan tablet yang terbesar dalam pasaran Apple, yang disasarkan kepada golongan professional.
3. iPad Pro menggunakan chipset A9X yang memiliki kepantasan dua kali ganda berbanding chipset A8x yang digunakan pada iPad Air 2.
4. Kamera 8 megapiksel.
5. iPad Pro dilengkapi dengan aksesori-aksesori kibod pintar dan stylus Apple yang dipanggil iPencil.
6. Dengan ketebalan 6.9mm, kelebaran iPad Pro dikatakan sama dengan ketinggian iPad Air.
7. Menurut Apple, iPad Pro boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat mulai November ini.
iPhone 6S dan 6S Plus
1. Apple melancarkan dua edisi iPhone terbaharunya sejajar dengan sasaran syarikat memperkenalkan telefon bimbit berskrin lebih besar.
2. Gajet terbaru ini dilengkapi sebagai sentuhan tiga dimensi yang bertindak balas apabila sentuhan dibuat atas skrin yang membolehkan pengguna melihat aplikasi dan mesej di dalamnya.
3. Edisi terbaru ini menggunakan sistem operasi IOS9 yang menyokong elemen sentuhan 3 Dimensi terbaharu atau ‘3D touch'.
4. iPhone 6S muncul dengan saiz 4.7 inci skrin paparan manakala 6S Plus dengan saiz skrin 5.5 inci.
5. Piksel kamera juga akan dinaik taraf kepada 12 megapiksel.
6. Tambahan dalam koleksi warna telefon iaitu warna ‘rose gold’.
7. Kamera depan dilengkapi dengan 'flash'.
8. Perisian dalam edisi ini disokong dengan pemprosesan data lebih bertenaga yang membolehkan paparan lebih menarik bagi data berbentuk grafik.
Sementara itu, susulan pengumuman gajet terbaru Apple, media sosial kini dibanjiri dengan pelbagai pandangan dan reaksi menerusi hashtag #iPhone6s dan #ipadpro.
Nampaknya, telefon pintar iPhone 6S mendapat sambutan hebat kerana ciri terbaru sentuhan ‘3D’ membuat pengguna untuk tidak sabar untuk memilikiya.
Bagi pengemar selfie pula, piksel kamera serta ciri 'flash' pada kamera depan telefon pintar itu menarik perhatian mereka.
Malah ada juga segelintir yang menjadikan saiz iPad Pro sebagai satu bahan jenaka serta meme di media sosial untuk menzahirkan kritikan mereka.

the rose gold iPhone 6s is a piece of art pic.twitter.com/8r3ueOEZfD

— Bitch Problems (@JustAGirIThing) September 10, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

iPhone 6s is super impressive

— King Sumrall (@JadeSumrall21) September 10, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

damn it iPhone 6s has front camera with flash,I WANT

— anqi (@anqixoxo) September 10, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I need an iPhone 6s asap /p>— jay(@Jaylinemonroe) September 10, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I just want the iPhone 6s bc of the camera

— Ralph Lauryn (@Laaaurynpaige) September 10, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Victorious did it first. #iPadPro pic.twitter.com/l3VUCDh5ei

— yer a lizard, barry (@burcumcclelland) September 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I can see how the new #iPadPro and #applepencil will be a hit among designers: http://t.co/jbOKBlzlee pic.twitter.com/TVCa78U1JH

— Ivan Raszl (@iraszl) September 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

The shenanigans & tom foolery going on in this photo is at 1000% #iPadPro @notaxation @GameOverGreggy #lovetheseguys pic.twitter.com/gP7YK36q3w

— Spencer Wichmann (@swichbone36) September 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I've my new and small #iPadPro :D pic.twitter.com/3Mu1tBJxIF

— Really3D (@Really3D) September 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Harga pasaran Malaysia bagi kedua-dua gajet Apple itu, bagaimanapun masih belum diumumkan.
#Apple #gadget #Inc #ipad pro #iPhone 6