AADC: Warga media sosial 'troll' Rangga, Cinta di Twitter
Syafique Shuib
November 8, 2014 10:37 MYT
November 8, 2014 10:37 MYT
Pasangan kekasih Rangga dan Cinta bertemu semula selepas 12 tahun, namun adakah ia kerana Rangga mempunyai niat tersembunyi seperti peluang MLM (multi-level marketing)?
Itulah antara jalan cerita parodi yang dikongsi oleh peminat filem ikonik ini di media sosial susulan tayangan drama mini sekuel yang dipersembahkan oleh permesejan sosial LINE Indonesia pada 6 November.
Ini kerana pasangan kekasih ini tidak pernah berjumpa dan berhubung setelah pertemuan terakhir mereka di lapangan terbang di mana Rangga bertolak ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran di sana.
Dalam sekuel ini, Rangga mempunyai tugasan untuk pulang ke Indonesia.
Terdapat beberapa babak yang menggunakan aplikasi LINE dan sebagai jenaka, peminat berkata Rangga ingin bertemu kerana peluang MLM:
Sekual drama pendek berdurasi 10 minit 25 saat ini dapat meraih pujian daripada kalangan peminat setia filem ikonik ini. Jumlah ‘views’ di YouTube telah melebihi satu juta.
Para peminat turut menobatkan drama mini ini sebagai drama pendek terbaik untuk tahun 2014.