Zaq Landsberg tubuh negara sendiri atas tanah 4 ekar miliknya
Madiha Abdullah
November 9, 2015 16:37 MYT
November 9, 2015 16:37 MYT
Seorang lelaki bertindak menjadikan tanah seluas empat ekar miliknya di Utah, Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang dinamakan Republik Zaqistan.
Ia bukan sekadar nama kerana lelaki itu, Zaq Landsberg benar-benar bertekad mahu memastikan negara tersebut akan wujud dalam peta dunia tidak lama lagi.
Zaqistan kini sudah mempunyai bendera, robot pengawal sempadan dan cop yang akan diletakkan pada pasport mereka yang berkunjung ke negara berkenaan.
Negara Zaqistan disifatkan Landsberg sebagai satu 'projek seni', dan dia akan berusaha untuk melakukan segala yang mungkin demi menjadikan Zaqistan sebuah negara sebenar.
Status Zaqistan kini adalah negara mikro atau micronation.
Buat masa ini, Landsberg membayar cukai kepada kepada Majlis Perbandaran Box Elder County, Utah. Namun lelaki yang berasal dari New York itu menganggap ia sebagai satu pemberian yang bersifat 'menjaga hubungan persahabatan'.