Yamaha papar video 'teaser' pelancaran jentera, adakah YZF-R7?

Afiezy Azaman
Mei 8, 2021 12:21 MYT
Gambar yang sering tular di media sosial berkenaan Yamaha R7 yang menunjukkan muka hadapannya seakan-akan Yamaha R15 namun mempunyai ekor belakang yang lebih tebal seperti Yamaha MT-07. - Foto: imotorbike.my
YAMAHA Motor Europe telah memuat naik sebuah video di laman media social YouTube mereka dengan tajuk R/World.
Video ‘teaser’ berkenaan tidak memaparkan secara langsung imej jentera yang bakal dilancarkan namun hanya memperdengarkan enjin yang seakan-akan bunyi Yamaha MT-07.
Bagaimanapun, berdasarkan spekulasi dan pemerhatian sejak beberapa bulan lalu, kemungkinan besar video ‘teaser’ berkenaan dikaitkan dengan YZR-R7.
Video berkenaan memaparkan visual litar lumba dan jalan raya sekali gus memberi gambaran jentera ini sesuai ditunggang di kedua-dua tempat.
Antara spekulasi yang sering didengari ialah Yamaha R7 menggunakan enjin Yamaha MT-07 tetapi mempunyai ‘fairing penuh’ seperti Yamaha R1, Yamaha R6 dan Yamaha R15.
Sekiranya Yamaha mahu menampilkan jentera kelas pertengahan ini sudah pasti memeriahkan lagi segmen berkenaan yang kini dilihat mula diberikan perhatian semula oleh pengeluar-pengeluar motosikal.
Antara model yang baru dilancarkan sejak setahun lalu ialah Aprillia RS660, Tuono 660, Kawasaki Ninja 650 dan Honda CBR 650R.
Masuk Malaysia? kita tunggu pengumuman oleh Hong Leong Yamaha Motor!

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
#Yamaha Motor Europe #R World #Yamaha MT-07 #YZR-R7 #litar lumba #jalan raya #jentera
;