Windows 8: Penerimaan hambar di Amerika Syarikat

Associated Press
Oktober 29, 2012 12:13 MYT
Pengeluar sistem operasi (OS) komputer peribadi Microsoft melabelkan Windows 8 sebagai sebuah “imaginasi baharu”. Namum menurut kaji selidik yang dikendalikan The Associated Press dan GfK, syarikat bekenaan harus melakukan sesuatu sebelum pengubahsuaian reka bentuk yang dilakukan oleh Microsoft berjaya menambat hati pengguna.
Lima puluh dua peratus dari 1,200 orang yang ditemuramah melalui telefon di Amerika Syarikat masih lagi tidak tahu tentang kewujudan Windows 8 yang dilancarkan Jumaat lepas.
Antara yang tahu tentang OS ini, 61 peratus tidak berminat untuk membeli komputer riba atau desktop yang mempunyai Windows 8. 35 peratus yang lain pula percaya Windows 8 mempunyai ciri-ciri yang sudah dinaik taraf.
Chris Dionne, seorang jurutera dari Waterbury, Connecticut sudah melihat Windows 8 namun beliau masih belum mahu mengabaikan atau menaik taraf komputer riba Hewlett-Packard yang menggunakan sistem Windows 7 yang dikeluarkan oleh Microsoft pada tahun 2009.
“Saya tidak begitu berminat untuk menukar OS saya,” kata Dionne, 43. “Windows 7 boleh melakukan apa sahaja untuk saya. Mana pulangan pelaburan masa saya jika saya dikehendaki untuk mempelajari OS yang baharu.”
Microsoft akan mengubah suai OS mereka antara dua hingga tingga tahun namun kali ini amat berbeza. Ini adalah pengubahsuaian reka bentuk yang paling radikal pernah dilakukan oleh pihak Microsoft sejak 1995.
Ramai penganalisa menggangap software ini adalah produk utama Microsoft sejak pengasas Bill Gates memenangi kontrak untuk mencipta OS bagi komputer peribadi pertama milik IBM pada tahun 1981. Microsoft mahu Windows 8 menjadi OS pilihan bagi mereka yang gemar dengan kemudahan telefon pintar dan tablet.
Namun, tablet keluaran Microsoft yang bertujuan untuk memaparkan kemudan OS Windows 8 tidak mendapat sambutan hangat.
69 peratus yang ditemuramah menunjukkan tiada keinginan untuk membeli tablet Surface. Microsoft berharap dengan kehadiran tablet Surface, ia akan menggugat pasaran iPad (keluaran Apple Inc), Kindle Fire (keluaran Amazon.com Inc.) dan Nexus 7 (keluaran Google Inc.).
Keputusan kaji selidik ini menunjukkan bahawa Microsoft harus mempergiatkan lagi promosi tentang Windows 8 dan membantu pengguna mengetahui tentang ciri-ciri Windows 8.
Syarikat berkenaan telah pun mengeluarkan preview Windows 8 secara berperingkat 13 bulan sebelum ia dilancarkan namun maklumat yang diberikan hanya mendapat perhatian penganalisis industri, wartawan, blog teknologi dan peminat-peminat gajet.
Microsoft masih lagi dalam fasa awal kempen pemasaran yang bernilai $1 bilion untuk memperkenalkan Windows 8 kepada pengguna secara menyuluruh.
#Bill Gates #Microsoft #Surface #Windows 8
;