#whatsappdown kali kedua bulan ini
Madiha Abdullah
Januari 26, 2016 12:49 MYT
Januari 26, 2016 12:49 MYT
KIRA-kira 900,000 pengguna aplikasi WhatsApp bingung apabila ia tidak dapat diakses selama hampir sejam pagi tadi.
Ini merupakan kali kedua aplikasi berkenaan mengalami masalah sedemikian bulan ini.
Seperti biasa, laman Twitter menjadi pilihan netizen untuk menghebahkan situasi tersebut.
Dan imej dan dialog berbentuk troll mula memenuhi timeline Twitter.
Ada juga yang tidak sedar terdapatnya gangguan akses pada perkhidmatan berkenaan.
WhatsApp mengalami masalah serupa pada 1 Januari lalu.