Whatsapp perkenal ciri sunting teks: 'Bold, Italics, Strikethrough'
Nizam Bakeri
Mac 31, 2016 07:52 MYT
Mac 31, 2016 07:52 MYT
APLIKASI sistem pesanan segera Whatsapp akhirnya membenarkan pengguna untuk menyunting teks kiriman mereka.
Kemas kini aplikasi tersebut membolehkan pengguna menukar teks kepada bold (tebal), italics (condong), dan strikethrough (digaris di tengah).
Ciri yang sebelum ini diuji dalam versi beta kini boleh didapati oleh semua pengguna versi 2.12.17 bagi platform iOS dan versi 2.12.535 bagi platform Android.
Ciri ini bagaimanapun tidak wujud dalam bentuk ikon atau butang tertentu namun ‘tersembunyi’ dan perlu ditaip sendiri oleh pengguna untuk mengaktifkannya.
Misalnya, untuk menukar teks kepada bold, gunakan simbol asterisk pada awal dan akhir perkataan seperti ini: *Astro AWANI*
Bagi italics, gunakan simbol tilde seperti ini: _ Astro AWANI_
Bagi strikethrough, gunakan simbol underscore seperti ini: ~Astro AWANI~
Pengenalan ciri ini dilihat sebagai tindakan Whatsapp untuk tampil sebagai aplikasi komunikasi yang lebih menyeluruh terutamanya dalam urusan pejabat yang melibatkan kandungan teks yang panjang dan memerlukan suntingan ketika dikongsi dalam Whatsapp.