Western Australia destinasi baharu pilihan rakyat Malaysia untuk percutian keluarga
Astro Awani
Januari 20, 2025 15:23 MYT
Januari 20, 2025 15:23 MYT
PERTH sebagai sebuah ibu kota Australia Barat, atau lebih dikenali sebagai Western Australia, kini muncul sebagai destinasi popular bagi rakyat Malaysia yang mencari pengalaman percutian santai bersama keluarga.
Sebagai bandar terdekat di Australia, Perth juga berkongsi zon waktu yang sama dengan Malaysia, menawarkan kemudahan perjalanan tanpa perlu risau tentang jet lag.
Destinasi ini menampilkan pelbagai pengalaman mesra keluarga yang menggabungkan aktiviti menyeronokkan, pemandangan semula jadi yang menakjubkan, serta kemudahan yang sesuai untuk pengembara Muslim.
Antara tarikan utama di Perth ialah Mandurah, di mana pelancong boleh menikmati pengalaman memandu bot sendiri sambil menikmati barbeku dan menyaksikan ikan lumba-lumba berenang di habitat semula jadi mereka.
Tidak jauh dari situ, Pulau Rottnest menawarkan peluang berswafoto dengan quokka yang ikonik selain aktiviti seperti berbasikal, berenang, menyelam skuba, dan glamping di lokasi yang tenang dan terpencil.
Bagi pencinta langit malam, kawasan Pinnacles menjadi lokasi ideal untuk aktiviti stargazing, sementara Lancelin menawarkan pengalaman mendebarkan dengan aktiviti sandboarding di atas bukit pasir putih yang luas.
Western Australia turut terkenal dengan pengalaman gastronomi unik, termasuk lawatan ke Lobster Shack, di mana pengunjung berpeluang menyertai aktiviti menangkap udang galah sebelum menikmati hidangan segar di lokasi.
Bagi mereka yang menggemari aktiviti santai, Kings Park di tengah bandar adalah tempat yang sesuai untuk berkelah, selain turut menawarkan lawatan berpandu untuk melihat keindahan langit malam.
Pengembara yang inginkan pengalaman luar biasa boleh memilih aktiviti seperti menaiki belon udara panas di Avon Valley atau memandu menikmati pemandangan matahari terbenam sepanjang Pantai Lautan Hindi.
Setiap pengalaman ini menonjolkan keindahan semula jadi Australia Barat, menjadikannya destinasi yang memenuhi impian setiap pelancong.
Oleh itu, pelancong yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang perjalanan mesra Muslim boleh memuat turun Western Australia Muslim Guide 2023 yang menyediakan panduan lengkap termasuk pilihan makanan halal, masjid, dan tarikan utama di Western Australia.
Bagi mereka yang bercadang untuk menjelajah lebih jauh, Western Australia Road Trips Guide menawarkan cadangan laluan jalan raya yang meliputi destinasi ikonik seperti Pinnacles dan Rottnest Island.
Di samping itu, Singapore Airlines dan Scoot juga memudahkan perjalanan anda ke Perth dengan penerbangan yang berlepas dari 11 bandar di Malaysia, termasuk Kuala Lumpur, Subang, Ipoh, Pulau Pinang, Langkawi, Melaka, Kuantan, Kota Kinabalu, Miri, Sibu, dan Kuching.
Pengalaman transit di Changi Airport, Singapura, juga memberikan nilai tambah kepada pengembara, dengan Jewel Changi yang menawarkan gabungan landskap semula jadi dan pelbagai tarikan beli-belah bertaraf dunia.
Singapore Airlines turut memperkenalkan aplikasi Kris+, yang membolehkan pengumpulan dan penebusan mata ganjaran KrisFlyer untuk pelbagai aktiviti menarik sepanjang perjalanan, termasuk pakej lawatan ke Pulau Rottnest yang boleh ditempah melalui Pelago.
Dengan kombinasi lokasi strategik, kemudahan penerbangan bertaraf dunia, serta pelbagai tarikan mesra keluarga dan Muslim, Perth kini mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi percutian utama bagi rakyat Malaysia.
Tempah percutian anda hari ini melalui Singapore Airlines dan terokai sendiri keunikan Australia Barat yang tiada tandingan.
#Western Australia
#Singapore Airlines
#Perth
#percutian keluarga
#makan angin
#australia barat
#Tourism Western Australia