Warna-warni FitMalaysia 2015
Madiha Abdullah
September 20, 2015 15:33 MYT
September 20, 2015 15:33 MYT
FitMalaysia menamatkan sesi jelajah negerinya hari ini di Pulau Pinang. Untuk lokasi terakhir ini, kira-kira 25,000 pengunjung membanjiri Vision Park, Kepala Batas untuk bersama-sama menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan.
Ramai yang mengambil peluang menyertai FitMalaysia bukan sahaja sebagai satu cara beriadah tetapi juga menambah pengalaman dan kenalan baharu.
FitMalaysia merupakan satu program di bawah kendalian Kementerian Belia dan Sukan (KBS), yang bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia. Antara aktiviti yang dianjurkan sepanjang program adalah seperti larian, berbasikal dan seni mempertahankan diri.
FitMalaysia bermula Februari lepas dengan Negeri Sembilan sebagai destinasi pertama.
Kemuncak FitMalaysia 2015 akan berlangsung pada 10 Oktober ini, serentak dengan Hari Sukan Negara.