'Warm up' itu wajib! Ini sebab kenapa perlu memanaskan badan sebelum bersenam
Maskulin
Julai 24, 2021 07:43 MYT
Julai 24, 2021 07:43 MYT
WARM UP atau memanaskan badan adalah satu aktiviti di mana kita menyediakan diri sebelum melakukan aktiviti fizikal atau senaman.
Memanaskan badan akan menjadikan tubuh badan lebih bersedia agar aktiviti yang dilakukan nanti dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Warm up merangsang penambahan oksigen dalam tubuh dan mengaktifkan pengeluaran hormon yang akan membantu dalam proses penyaluran tenaga ke bahagian otot.
Peningkatan aktiviti secara berperingkat juga secara umumnya akan meningkatkan suhu badan dan membuka liang roma untuk proses perpeluhan di mana penyejukan anggota badan diaktifkan.
Okay, sekarang anda sudah tahu apa itu warm up. Mungkin anda tertanya-tanya mengapa perlu kita lakukan warm up sebelum mulakan larian.
Apakah kepentingannya? Ikuti tujuh kepentingan warm up di bawah:
Tingkatkan kadar degupan jantung atau nadi (bpm)
- Secara umumnya penambahan intensiti dalam aktiviti memerlukan tenaga, sehubungan itu jantung memainkan peranan untuk menyalurkan oksigen dan nutrisi ke seluruh tubuh badan.
Tingkatkan pengeluaran hormon
- Peningkatan kadar rembesan hormon endorfin, serotonin, dopamin dan hormon-hormon lain yang membantu meningkatkan kadar kepekaan, mengurangkan stres dan meningkat kadar metabolisma.
Mengurangkan kadar risiko kecederaan
- Peningkatan suhu otot secara tidak langsung menambah keanjalan otot.
Aktifkan mekanisme pelepasan haba badan
- Liang roma akan terbuka bagi memudahkan proses penyejukan badan.
Merangsang sistem saraf pusat
- Merangsang transmisi dan penyaluran neuron (maklumat) saraf antara otak dan sel motor otot (peningkatan kadar oksigen di bahagian otak merangsang sel –sel otak untuk berhubung dengan lebih baik).
Rangsang peningkatan pergerakan otot
- Pergerakan otot menjadi lebih efisien dan lebih teratur.
Meningkatkan prestasi larian
- Otot yang diregang dan dipanaskan sebelum larian menjadikan ia lebih mudah bergerak. Sendi juga boleh berfungsi dengan lebih baik.
Artikel asal di portal Maskulin.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
#Warm Up
#memanaskan badan
#aktiviti fizikal
#senaman
#weekender
#santai hujung minggu
#pengeluaran hormon
#penyaluran tenaga ke otot