Warga kota boleh mula beriadah di jajaran sungai tengah Kuala Lumpur April ini
Ashwad Ismail
Februari 20, 2017 20:00 MYT
Februari 20, 2017 20:00 MYT
Warga kota boleh mula beriadah di sepanjang jajaran sungai di kawasan sekitar Gereja St Mary, Panggung Bandaraya, Masjid Jamek, Lebuh Pasar Besar, Bangunan Sultan Abdul Samad, Pasar Seni dan Dayabumi bermula April nanti.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, secara keseluruhannya, Projek River of Life (ROL) yang menjadi sebahagian daripada Greater KL kini 64 peratus selesai.
"Buat masa ini, kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan sepanjang 110km yang meliputi 8 sungai iaitu Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang, Sungai Klang dan Sungai Keroyong.
"Saya diberitahu bahawa kerja-kerja pembersihan ini adalah 72% selesai. Saya tidak mahu mana-mana pihak leka dan mengambil sikap sambil lewa dalam menyempurnakan projek ini," kata Najib melalui posting terbaharu di blognya.
Ia bakal siap sepenuhnya pada 2020 dengan bajet pembangunan sebanyak RM4.4 bilion.
#Bangunan Sultan Abdul Samad
#Dayabumi
#Gereja St Mary
#Lebuh Pasar Besar
#masjid jamek
#Najib Razak
#Panggung Bandaraya
#Pasar Seni
#Perdana Menteri
#river of life
#ROL