Wanita tertua di dunia sambut ulang tahun kelahiran ke-119, harap boleh cecah usia 120 tahun

Agensi
Januari 5, 2022 12:59 MYT
Kane Tanaka meraikan ulang tahun kelahiran ke-119 pada 2 Januari lalu. - Twitter @tanakakane0102
TIGA hari lalu wanita tertua di dunia, Kane Tanaka meraikan ulang tahun kelahiran ke-119.
Momen indah tersebut diraikan wanita dari Jepun itu di kediamannya di Wilayah Fukuoka, Jepun pada 2 Januari.
Malah, menurut ahli keluarganya, Kane yang dilahirkan pada 2 Januari 1903 berhasrat untuk hidup sehingga usia 120 tahun.
Menerusi kemas kini di laman Twitter, cicitnya, Junko Tanaka menyifatkan usia Kane yang mencecah 119 tahun adalah satu pencapaian yang hebat.
"Pencapaian yang luar biasa, Kane Tanaka mencapai usia 119 tahun. Saya berharap moyang akan hidup ceria selalu," demikian tulisnya dalam entri, tersebut.

119 119 22119 12 pic.twitter.com/K38jXDTIQ3

— (@tanakakane0102) January 1, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Muat naik tersebut turut memaparkan gambar Kane duduk di kerusi roda sambil tersenyum.
Selain ucapan hari kelahiran, Kane turut menerima hadiah istimewa daripada cicitnya iaitu air minuman Coca-Cola.
Difahamkan, Kane masih minum air Coca-Cola walaupun pada usia 119 tahun.
Pada 2019, Guinness World Records mengesahkan Kane ialah wanita tertua di dunia.
Kane yang merupakan anak ketujuh daripada sembilan adik-beradik mendirikan rumah tangga dengan pemilik kedai beras pada usia 19 tahun.
Dia telah melalui pelbagai peristiwa bersejarah termasuk terselamat daripada dua Perang Dunia dan selesema Sepanyol pada 1918.
#Wanita tertua di dunia #Kane Tanaka #fukuoka #panjang usia
;