"YANG bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang"
Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan dengan nasib Norazlina Zakaria yang kini menjadi seorang usahawan wanita kurang upaya yang berjaya.
Kisahnya bermula apabila Norazlina mengalami tragedi kemalangan pada Mei 2006, yang menyebabkan dia lumpuh separuh badan selama tujuh tahun.
“Ketika saya menjadi seorang kurang upaya, kehidupan saya berubah. Saya mengalami beberapa episod jatuh bangun. Tetapi akhirnya saya bangkit, dan mampu berjalan kembali,” kata Norazlina.
Sambil menjalani rawatan rehabilitasi, Norazlina kemudian dilantik sebagai Ketua Pasukan Sokongan Rehabilitasi Hospital Sungai Buloh.
Pada 2016, Norazlina bertemu jodoh dengan jejaka pilihan hati, Nazrin Md Zin yang juga pesakit saraf tunjang (tetraplegia) yang memerlukan penjagaan sepenuhnya.
“Masa itu, saya diarahkan melawat (bakal) suami kerana ingin tahu keadaan dia. Ketika itu saya datang rumah dia buat pertama kali, dia memang dalam keadaan terlantar.
“Saya yang ambil keputusan untuk melamarnya setelah hampir tiga minggu membantu menguruskan dia.
“Saya jatuh cinta dengan semangat dia, dan dia seorang yang begitu tenang, reda, dan sabar,” kata Norazlina.
Pada masa sama, Norazlina yang berminat dalam perniagaan telah mula menjual produk sambal bagi menampung kehidupannya.
Namun, selepas berkahwin, Norazlina terpaksa menghentikan perniagaan sambal untuk memberi penjagaan penuh kepada suami.
“Pada permulaannya suami saya memang kena jaga 100 peratus. Saya kena dukung, kena uruskan dia kerana dia duduk pun tidak boleh.
“Alhamduillah, usaha rawatan dan fisioterapi, suami akhirnya pulih dan mampu hidup berdikari.
“Ketika proses pemulihan suami, kami melihat ramai lagi pesakit yang perlu penjagaan khusus, perlukan sokongan, semangat dan kasih sayang daripada mungkin orang yang lebih berpengalaman.
“Oleh itu, kami terpanggil untuk membantu, dan kami membuat keputusan dan memilih untuk membina sebuah rumah iaitu, Rumah Penjagaan OKU Nur Aafiyah di Sungai Buloh,” katanya.
Sejak dibuka pada 2018, rumah penjagaan tersebut sudah menyaksikan hampir 10 pesakit yang menggunakan perkhidamatan rumah penjagaan tersebut.
“Ini merupakan tempat mereka bersosial, berkumpul dan menjalani pelbagai aktiviti termasuk mengaji.
“Setiap kali mereka menunjukkan perubahan positif, saya nangis. Contohnya seperti suami saya yang dahulu hanya terlantar kini boleh memandu kenderaan.
“Usaha membangunkan rumah penjagaan ini memerikan satu kepuasan dan saya berdoa untuk diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan supaya ramai lagi yang memerluakan sokongan dan tempat seperti ini,” katanya.
Dania Zainuddin
Sat Mar 07 2020
Norazlina Zakaria kini menjadi usahawan wanita kurang upaya yang berjaya.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit
Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang memberi kesan terutama kepada pesakit di hospital apabila tidak terlepas mengalami gangguan pada Rabu.
Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.
Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu
Hospital bergerak yang merawat hidupan liar di Australia seperti koala dan kangaroo bakal berpindah ke lokasi baharu di Byron Bay.
Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.
Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak
Sarawak mencatat empat lagi kes COVID-19 menjadikan kes keseluruhan berjumlah 763 kes
Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin pada 16 Oktober.
COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan juga Kluster Merbok.
6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah, satu masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.
COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia lebih mencabar.