Wanita kembali menjadi seperti ibu mereka pada usia 31: Kajian
AFP RELAXNEWS
Jun 7, 2013 11:03 MYT
Jun 7, 2013 11:03 MYT
Kajian di Britain baru-baru ini mendapati apabila wanita menjangkau usia awal 30-an, mereka berhenti bersikap kasar terhadap ibu dan mula mengambil berat serta mengubah tingkah laku mereka.
Lebih daripada 1,000 wanita yang menyertai kajian itu oleh firma Dotty Bingo di Britain berkata ibu mereka merupakan inspirasi dalam hidup mereka, menurut The Telegraph pada Rabu.
24 peratus daripada responden berkata mereka gembira menonton program televisyen bersama ibu manakala 16 peratus lagi berkongsi hobi. Selain itu, 15 peratus responden berkongsi kata dan tingkah laku. Enam peratus pula tertarik pada lelaki yang sama.
Kajian mendapati kebanyakan wanita kembali kepada ibu mereka sekitar 30-35 tahun yang dipilih seramai 52 peratus responden. Daripada dapatan itu, usia 31 paling tinggi dengan 27 peratus.
Sementara itu, hanya lima peratus mereka yang cenderung kembali kepada ibu pada usia 20-an, 26 peratus lagi pada lingkungan usia 35-40 tahun.
Sepuluh peratus lagi mereka cenderung untuk meniru tugas seorang ibu pada usia 40-50 tahun.