Wanita hamil disaran lakukan imbasan ultrabunyi tiga bulan pertama kehamilan

Nursyazwani Saiful Sham
Januari 15, 2021 11:53 MYT
Malah antara kelebihan lain melakukan imbasan ultrabunyi tiga bulan pertama ini bagi yang bertuah, dapat mengesan kehamilan kembar dan, ia akan dapat menentukan rawatan susulan yang akan dilakukan oleh doktor. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Wanita hamil disaran untuk melakukan imbasan ultrabunyi tiga bulan pertama kehamilan.
Ini kerana, menurut Pakar Obstetrik & Sakit Puan UiTM Private Specialist Centre, Dr Nadzratulaiman Wan Nordin, imbasan awal ini dapat menentukan jangka masa bersalin dan keadaan sebenar kandungan itu.
“Sebenarnya waktu yang perlu untuk lakukan imbasan ultrabunyi ini, kita nasihatkan ibu bapa atau wanita yang mengandung buat imbasan secara awal terutamanya selepas mendapati positif kehamilan itu.
“Selalunya pada minggu 6 hingga 8 dah boleh lihat jantung bayi atau kadang-kadang dapat lihat kantung. Ia penting juga untuk lakukan imbasan awal kerana kita juga boleh dapat lihat janin dan yang paling penting dapat jangka waktu bersalin.
“Penting juga untuk lakukan imbasan awal kerana kita nak lihat keadaan dalam kandungan itu kerana jika ia normal, ia akan duduk di dalam rahim tetapi jika kandungan itu duduk di luar rahim ia akan membahayakan nyawa ibu, jadi itu antara kepentingan melakukan imbasan awal,” jelasnya.
Wanita hamil disaran lakukan imbasan ultrabunyi tiga bulan pertama, tentukan jangka masa bersalin
Beliau berkata demikian menerusi program AWANI Pagi yang membincangkan topik 'Pentingkah imbasan ultrabunyi untuk kandungan semasa kehamilan?' pada Khamis.
Malah antara kelebihan lain melakukan imbasan ultrabunyi tiga bulan pertama ini bagi yang bertuah, dapat mengesan kehamilan kembar dan, ia akan dapat menentukan rawatan susulan yang akan dilakukan oleh doktor.
Dalam pada itu Dr Nadzratulaiman turut menjelaskan imbasan ultrabunyi pada trimester pertama akan dapat mengesan masalah kandungan.
Sekiranya perkara tersebut berlaku, kaedah keguguran dengan etika tepat dapat dilakukan dan rawatan susulan akan diteruskan.
Imbasan ultrabunyi: Imbasan awal dapat kesan masalah kandungan, elak berlaku keguguran
Tonton perbincangan penuh bersama Pakar Obstetrik & Sakit Puan UiTM Private Specialist Centre, Dr Nadzratulaiman Wan Nordin di bawah;
AWANI Pagi: Pentingkah ultrasound scan untuk kandungan semasa kehamilan?
#wanita hamil #imbasan ultrabunyi #Dr Nadzratulaiman Wan Nordin #kandungan #gugur #janin #bersalin
;